Peningkatan mangsa banjir akibat peralihan air dari utara ke Kuala Langat, Sepang – MB Selangor
CYBERJAYA – Peningkatan bilangan mangsa banjir di beberapa daerah di Selangor adalah disebabkan peralihan air dari kawasan utara ke Kuala Langat dan Sepang.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, fenomena itu menyebabkan beberapa kawasan yang sudah mengalami penyurutan banjir kembali dinaiki air sekali gus menambah jumlah mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
“Setakat ini, seramai 4,463 mangsa ditempatkan di 33 Pusat Pemindahan Sementara di lima daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
“Jumlah penduduk yang terkesan telah meningkat disebabkan peralihan air dari kawasan utara Selangor ke Kuala Langat dan Sepang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Amirudin turut berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor telah memasang empat pam di Kuala Selangor untuk mempercepatkan peralihan air dan enam unit pam tambahan akan dipasang esok bagi mengurangkan risiko air banjir bertakung terlalu lama.
Tambahnya, pihak kerajaan negeri turut sedang menyusun seramai 5,000 sukarelawan bagi digerakkan dalam tempoh 24 jam selepas air mula surut bagi membantu pembersihan rumah mangsa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








