Berita Semasa

Penilaian kerosakan padang SNBJ selesai – Hannah Yeoh

ALOR SETAR – Laporan  penilaian kerosakan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang telah siap tidak akan didedahkan kepada umum, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Beliau berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah selesai melakukan pascanilai berhubung keadaan padang stadium itu pada 8 Disember lalu.

Bagaimanapun laporan mengenainya tidak akan didedahkan kerana melibatkan siasatan dalaman yang dilakukan KBS dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk mengelak isu berulang.

“Post mortem telah selesai di peringkat KBS pada minggu lepas seperti yang kita janjikan, cuma laporan tersebut perlu dibentangkan untuk lembaga pengarah PSM dahulu.

“Sekarang sudah hujung tahun dan mesyuarat lembaga pengarah PSM akan dijadualkan awal Januari, untuk lembaga pengarah terima keputusan dan kita akan mengambil langkah penambahbaikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Isu keadaan padang SNBJ sebelum ini menimbulkan kritikan orang ramai apabila berlaku kerosakan berulang ketika berlangsungnya perlawanan bola sepak penting negara.

Terbaharu adalah susulan penganjuran konsert kumpulan terkemuka Coldplay yang menyebabkan padang berkenaan tidak dapat dipulihkan dalam tempoh yang cukup sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button