
Peniaga rambo di Jalan TAR berselindung di sebalik sindiket, sengaja cetus provokasi dengan DBKL
KUALA LUMPUR – Peniaga berlesen di Bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) di sini mendedahkan peniaga tidak berlesen atau digelar ‘rambo’ memang sengaja mencetuskan provokasi apabila ditegur oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menurut seorang peniaga tempatan, Ayob Abd Majid, peniaga rambo di kawasan tersebut bukan sahaja tidak membayar tapak dan tidak mempunyai lesen malah berniaga hingga di hadapan premis kedai dan mengganggu laluan pelanggan.
“Saya perniaga tempatan di sini sewa dua tapak di MARA dan Oden untuk makluman peniaga-peniaga rambo ni terdiri daripada warga tempatan, warga indonesia dan Suluk yang memiliki kad pengenalan Sabah.
“Mereka tak bayar tapak dan lesen berniaga sampai depan pintu masuk kami mereka berniaga barang yang lebih kurang sama.
“Yang jual belon ni pekerja sahaja mereka ada sindiket sebab tu berani lawan DBKL. Pihak DBKL bila waktu berbuka tutup mata bagi mereka berniaga depan Sogo. Mereka ada yang suka provok DBKL bila ditegur,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

Terdahulu tular beberapa video apabila seorang peniaga belon ditahan secara ganas dipercayai oleh anggota DBKL yang berpakaian biasa sambil disaksikan oleh sekumpulan penguatkuasa DBKL.
Tindakan kasar tersebut mendapat tentangan orang ramai yang terkejut dengan kekasaran yang dilakukan oleh pihak penguatkuasa dan meminta ia dihentikan segera.
Bagaimanapun DBKL menjelaskan peniaga rambo tersebut yang memulakan provokasi terlebih dahulu sehingga menyebabkan anggotanya yang berpakaian preman turun membantu.
Dalam pada itu, Ayob turut menjemput pejuang peniaga rambo untuk membantu peniaga berlesen sepertinya yang turut bersusah payah untuk mendapatkan sesuap nasi.
“Saya jemput Cikgu Izzat Johari datang sini bantu kami pula yang bayar sewa bayar tapak tapi diganggu peniaga rambo.
“Kalau mereka ada isteri dan anak kami pun ada kami berhutang sana sini untuk berniaga di Jalan TAR,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |