BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Pengusaha dobi minta tangguh Ops Gasak, bimbang kos operasi melonjak

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengusaha Dobi Melayu (MULA) merayu kerajaan menangguhkan pelaksanaan Ops Gasak terhadap penggunaan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi dalam kalangan pengusaha dobi sehingga sesi libat urus bersama pihak industri diadakan.

Pengerusinya, Zarina Ismail berkata, langkah itu penting bagi memastikan pemain industri diberi ruang berbincang dengan pihak berkuasa sebelum sebarang tindakan penguatkuasaan dilaksanakan.

“Peralihan kepada LPG komersial yang kini berharga antara RM65 hingga RM70 bagi silinder 14 kilogram adalah kenaikan lebih dua setengah kali ganda berbanding harga bersubsidi RM27 hingga RM30.

“Peningkatan mendadak ini dikhuatiri menyebabkan ramai pengusaha mikro, kecil dan sederhana (PMKS) gulung tikar kerana tidak mampu menanggung kos, sekali gus memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat menerusi kenaikan harga perkhidmatan,” katanya memetik laporan BH Online.

Hadir sama Setiausaha Agung Mula, Mohd Hafizul Razali serta wakil Persatuan Dobi Malaysia (MLA) dan Persatuan Pengusaha Dobi Layan Diri Malaysia (PPDLDM).

Sebelum itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan Ops Gasak akan dilaksanakan bermula 1 Mei lalu bagi membanteras penyelewengan subsidi LPG bersubsidi.

Menurut beliau, ketirisan subsidi LPG perlu ditangani segera kerana memberi implikasi kewangan besar kepada kerajaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button