BERITA SEMASADALAM NEGERI

Penghuni Pangsapuri Taman Bendera cemas berdepan kebakaran

GEORGE TOWN – Penghuni Pangsapuri Taman Bendera, Lintang Relau 1 di sini cemas apabila dikejutkan dengan kebakaran di salah satu unit kediaman itu malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, dalam kebakaran pada pukul 11.28 malam yang melibatkan unit di tingkat lapan itu, tiada mangsa terlibat.

“Kebakaran melibatkan sebuah unit pangsapuri yang terletak di aras lapan. Semasa kebakaran berlaku, tiada penghuni di dalam kediaman tersebut.

“Anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah kira-kira 40 peratus dan api berjaya dikawal pada pukul 11.56 malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini, memetik laporan Kosmo! Online.

Beliau berkata, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button