
Pengasas VFive terima anugerah Alumni Muda Harapan UiTM
KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengasas Kumpulan VFive, Datuk Mohd Syafiq Abdullah baru-baru ini dinobat sebagai penerima Anugerah Alumni Muda Harapan Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Malam Alumni Universiti Awam 2024 (MAL 2024).
Penganugerahan tersebut disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam majlis pengiktirafan alumni ikon, alumni dermawan dan alumni muda melibatkan semua universiti awam.
Pengiktirafan yang turut diterima beberapa tokoh lain itu dinilai berdasarkan sumbangan berterusan individu kepada alma mater masing-masing.

VFive dalam satu kenyataan berkata, pengiktirafan kepada Mohd Syafiq diberikan atas komitmen beliau yang giat melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan dan tanggungjawab sosial korporat termasuk kepada UiTM.
“Sebagai pengasas organisasi Bumiputera, Mohd Syafiq aktif dalam memberi sumbangan lembu korban, tajaan lawatan pembelajaran mahasiswa ke luar negara, penganjuran persidangan antarabangsa dan banyak lagi,” katanya.
Sementara itu, Mohd Syafiq yang merupakan bekas graduan dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan dan Pemasaran UiTM Shah Alam mengucapkan kesyukuran dan terima kasih atas penganugerahan tersebut.
āSebagai seorang alumi UiTM, sememangnya sudah menjadi iltizam saya untuk kembali berbakti kepada institusi pendidikan yang telah banyak memberi saya ilmu, tunjuk ajar dan kemahiran yang membawa saya berada di tahap seperti hari ini,ā ujarnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






