BERITA SEMASAGAYA HIDUP

Lencana Kepandaian Biodiversiti Pengakap dilancar, pertingkat kesedaran masyarakat

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof bersama Ketua Pengakap Negara, Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin hari ini menyempurnakan Majlis Pelancaran Lencana Kepandaian Biodiversiti Pengakap di sini.

Pelancaran lencana biodiversiti tersebut sekali gus menjadikan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) sebagai satu-satunya pertubuhan belia tempatan yang memiliki skim lencana sedemikian.

pemgakap

Majlis yang turut dihadiri Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRE), Nik Nazmi Nik Ahmad antara lain memperkenalkan tiga reka bentuk lencana berkenaan.

Turut hadir mewakili PPM ialah kedua-dua Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara iaitu Ahmad Sabri Saad dan Mohd Hilmi Abu Bakar; Pesuruhjaya Program Negara, Noor Hashim Ismail dan Setiausaha Program Negara, Lincoln Tang Tuck Mun.

Mengulas lanjut, Mohd Hilmi berkata, pelancaran tersebut diadakan bersempena Mesyuarat Majlis Biodiversiti Negara kali ketiga yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri.

pemgakap

“(Pelancaran) ini adalah hasil perbincangan kita yang agak panjang dengan pihak Sokongan Pelaksanaan Dasar Biodiversiti, iaitu salah satu unit dalam Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang mana kita menjalankan kerjasama rasmi dalam aktiviti-aktiviti berkaitan biodiversiti.

“Ini yang bermaksud merangkumi semua benda hidup termasuk manusia, haiwan dan tumbuhan jadi kita di pengakap akan beri fokus kepada aktivti-aktiviti konservasi hutan, terumbu karang sebagai contoh, serta haiwan yang duduk di ekosistem tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Langkah ini jelas beliau, akan merapatkan masyarakat dengan alam sekitar.

Dalam masa sama, tambahnya, lencana ini juga selaras dengan Lencana YUNGA iaitu Youth and United Nations Global Alliance.

“Jadi pengisian ini akan membolehkan kita akan dapat menerima Lencana YUNGA yang ditaja oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button