
Pendakwah, Firdaus Wong terima ugutan bunuh
KUALA LUMPUR – Pendakwah, Firdaus Wong menerima ugutan bunuh daripada seorang individu susulan beberapa hantaran dalam laman media sosialnya yang mempersoalkan pembinaan rumah ibadat haram di tapak yang tidak dibenarkan.
Menurut Firdaus, susulan itu satu laporan polis akan dibuatnya hari ini.
“Saya akan membuat laporan polis selepas solat Jumaat ke atas seorang individu bernama Mohan Raj Thangaraju yang melakukan ugutan bunuh terhadap saya.
“Saya bercakap soal undang-undang tentang pembinaan kuil haram sebagaimana dilaporkan media dan kajian tetapi mereka pula beremosi tanpa fakta sehingga membuat ugutan bunuh,” katanya hari ini.
Dalam pada itu, Firdaus menegaskan dia tidak gentar dengan ugutan tersebut.
“Saya beriman dengan hadis Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam; Ketahuilah, seandainya seluruh umat bersatu untuk memberimu suatu manfaat, maka hal itu tidak akan kamu peroleh selain dari apa yang telah Allah tetapkan untukmu.
“Dan andaipun mereka bersatu untuk melakukan sesuatu yang membahayakanmu, maka hal itu tidak akan membahayakanmu kecuali apa yang telah Allah tetapkan untuk dirimu (Sunan At Trmidzi no. 2516).
“Hasbunallah wa ni’mal wakiil. Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.
“Apa jua yang berlaku, sahabat teruskan menyokong usaha dakwah Multiracial Reverted Muslims (MRM),” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |