Berita Semasa

Pendaki hilang di Yong Yap ditemui selamat

SUNGAI SIPUT – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Yong Yap, di sini semalam ditemui selamat.

Menurut Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, Ilhami Mohd Idris, 22, berjaya ditemui hari ini.

“Kami mula mencari mangsa kira-kira jam 7.30 pagi hari ini dan berjaya menemuinya,” katanya.

Ilham merupakan antara 17 pendaki yang mengikuti pendakian gunung itu melalui Pos Kuala Mu.

Sabarodzi berkata, kehilangan Ilhami disedari ketua kumpulan pendakian ketika melakukan kiraan sebelum turun di tapak perkhemahan Sungai Chinak kira-kira pukul 6 petang, semalam.

Tambahnya, kumpulan itu bersama lima renjer cuba melakukan pencarian sehingga ke puncak Gunung Yong Yap tetapi gagal menemui mangsa.

“Kami menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.42 malam mengenai kejadian itu.

“Ketua kumpulan dan 15 peserta membuat laporan di Balai Polis Sungai Siput kira-kira jam 10.03 malam,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button