BERITA SEMASA

Penceroboh tapak masjid baharu di Dengkil terima notis pengosongan tanah

SEPANG – Penceroboh tanah di tapak cadangan untuk membina masjid baharu di Dengkil di sini telah menerima notis pengosongan tanah.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Kampung Dengkil, Al Rasyid Ab Rani dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

“Individu terbabit telah menerima notis pengosongan tanah daripada penguatkuasa tanah Pejabat Daerah Tanah Sepang,” katanya ringkas.

Dalam hantaran itu beliau turut menunjukkan gambar penceroboh itu menerima notis tersebut daripada pegawai Pejabat Daerah Tanah Sepang.

Minggu lalu, Al Rasyid mendedahkan terdapat struktur binaan haram yang terselindung di sebalik kandang lembu dan rumah kongsi haram yang diduduki warga asing.

Lebih mengejutkan apabila tapak tersebut merupakan tapak masjid baharu milik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Susulan pendedahan itu JAIS telah mengambil tindakan segera dengan mengarahkan penceroboh itu mengosongkan tapak tersebut dalam tempoh sebulan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button