Pencemaran laut, nelayan diminta henti tuai kerang di Port Dickson
SEREMBAN – Jabatan Perikanan Negeri Sembilan menggesa semua nelayan menghentikan sementara aktiviti menuai kerang termasuk kupang di perairan Port Dickson berikutan tahap biotoksin yang dikesan melebihi had selamat.
Pengarahnya, Kasim Tawe berkata, hasil ujian yang dijalankan Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur (PBPKL) mengesahkan berlaku pencemaran air laut di kawasan berkenaan.
“Ketika ini, ujian kali kedua sedang dijalankan sebelum arahan larangan rasmi dikeluarkan. Langkah ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan pengguna,” katanya memetik laporan NST online.
Menurut beliau, pihaknya turut bekerjasama dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) bagi memastikan penghentian sementara ini dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Nasihat itu dikeluarkan susulan laporan mengenai kewujudan air laut berwarna merah berhampiran Pasir Panjang yang dipercayai berpunca daripada fenomena pembiakan alga berbahaya (harmful algal bloom).
Persatuan Nelayan Telok Kemang turut memaklumkan tanda-tanda fenomena tersebut dikesan di kawasan sama.
Jabatan Perikanan berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan risiko keracunan makanan laut kepada orang ramai serta menyeru semua pihak mematuhi saranan sehingga keputusan ujian lanjut diumumkan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






