
Penambahbaikan draf PSKL perlu disegerakan
BANGI – Pelaksanaan penambahbaikan Draf Pelan Struktur Kuala 2040 (PSKL 2040) perlu disegerakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan penwartaan dokumennya sebelum hujung tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selepas meneliti laporan sesi libat urus pindaan PSKL 204o bersama Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL semalam, beliau secara dasarnya berpuas hati dengan hasil yang dibentangkan.
Antara yang diberi tumpuan adalah usaha mengekalkan kawasan rizab hutan dan kawasan lapang di Kuala Lumpur untuk menjadikan bandar itu hijau, sihat dan rancak.
“Saya mengambil maklum bahawa berdasarkan perlanjutan sesi libat urus yang diadakan bermula pada 18 hingga 26 Mei 2023 yang lalu, pihak DBKL telah menerima sebanyak 639 pandangan daripada 425 peserta yang hadir dalam sesi libat urus tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri juga bersetuju dengan cadangan perluasan projek perumahan mampu milik bagi menampung permintaan terhadap jenis perumahan tersebut oleh warga kota Kuala Lumpur.
“Cadangan ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk menyediakan perumahan mampu milik melalui konsep Kejiranan MADANI di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






