BERITA SEMASA

Penamatan perkhidmatan semakan fakta Meta dijangka tidak jejaskan komuniti media sosial Malaysia – Fahmi

PUTRAJAYA – Tindakan Meta menamatkan perkhidmatan semakan fakta pada platformnya dijangka tidak menjejaskan komuniti media sosial Malaysia dalam masa terdekat.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, buat masa ini Meta masih belum menghubungi pihaknya bagi menjelaskan penamatan tersebut.

“Kita akan berhubung dengan pihak Meta untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Pada masa ini, saya tidak nampak ia akan menjejaskan pasaran Malaysia, hanya Amerika Syarikat,” kata Fahmi ketika ditanya mengenai langkah penamatan itu.

Semalam, Meta dalam satu kenyataan mengumumkan penamatan program semakan faktanya yang telah digunakan selama lapan tahun.

Langkah ini, kata Meta, adalah bagi mengurangkan penapisan dan meningkatkan kandungan politik di Facebook, Instagram, dan Threads.

Sebagai gantinya, pengendali media sosial itu akan mula menggunakan model nota komuniti yang akan dibangunkan sendiri.

Kata Fahmi, konsep nota komuniti adalah berasaskan kepada sumber orang ramai dan mempunyai kebaikan dan keburukan.

“Mungkin ini satu cara yang baik dan positif, kerana bila dimuat naik satu kandungan contohnya dalam Facebook, maklumat penjelasan yang diberikan termasuk oleh orang awam itu mungkin tenggelam dalam bahagian komen.

“Konsep ‘community notes’ berlandaskan konsep ‘crowdsource’. Kita lihat pro dan kontranya,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button