
Pemuda UMNO gesa menteri buat kecoh di KLIA dipecat
KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO menggesa Perdana Menteri untuk mengambil tindakan terhadap kelakuan seorang menteri Kabinet yang membuat kecoh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, tindakan itu adalah sangat tidak wajar dan tiada siapa pun boleh mengatasi undang-undang negara.
“Seharusnya dilucutkan jawatan sebagai menteri. Sama sekali tidak boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia.
“Menteri bukan bermakna kamu boleh melakukan apa sahaja,menteri bermakna kamu perlu bekerja dan melaksanakan amanah rakyat bukan sebaliknya,” katanya.
Semalam sebuah portal melaporkan tidakan seorang individu didakwa berjawatan menteri membuat kecoh apabila masuk ke balai ketibaan untuk membantu seorang warga China yang ditahan daripada masuk ke negara ini.
Individu itu turut dilaporkan memarahi polis bantuan KLIA dan pegawai Imigresen ketika beliau cuba membantu wanita berkenaan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |