BERITA SEMASA

Pemuda maut motosikal langgar kenderaan keluar simpang secara mengejut

MUAR – Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah motosikal lain yang keluar dari simpang secara mengejut di Parit Amat, Jalan Temenggung Ahmad, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.15 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mohd. Yunos Abdullah, 27, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dari arah Parit Bakar menuju ke Parit Jawa.

“Motosikal mangsa dipercayai melanggar sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun yang keluar secara mengejut dari Simpang Parit Amat, di sebelah kiri laluan utama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, akibat pelanggaran itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala penunggang motosikal satu lagi mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Zon Merah, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM50,000.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button