BERITA SEMASAHIBURAN

Pempengaruh puji majlis kahwin anak pengasas Dnars tiada VIP, semua dilayan sama

KUALA LUMPUR – Tindakan keluarga anak kepada pengasas Dnars Skincare, Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad, yang menganjurkan majlis perkahwinan secara sederhana dan terbuka menerima pujian ramai.

Antara yang menyatakan penghargaan ialah pempengaruh, Izmer Mustapha atau lebih dikenali sebagai Abang Lal Senok Perut, yang memuji pendekatan keluarga pengantin kerana meraikan tetamu tanpa mengira pangkat atau darjat.

Menurutnya, majlis yang diadakan di kediaman arwah ibu pengantin perempuan itu langsung tidak mengamalkan konsep jemputan eksklusif, malah semua tetamu layanan sama rata.

“Beliau menjemput semua orang dan tidak ada konsep VIP atau Datuk Datin. Malah layanan yang diberikan sama rata. Ini satu perkara yang patut dipuji,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pempengaruh media sosial, Izmer Mustapha.

Majlis pernikahan Irdina Hakim Jasman, 22, dengan Muhammad Farez Zuhaily Shah, 23, berlangsung pada 25 April lalu di Tumpat, Kelantan. Ia dihadiri lebih 5,000 tetamu termasuk ahli keluarga, saudara mara, kenalan rapat serta pelanggan dan pengikut setia produk Dnars.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh kemesraan itu turut mendapat perhatian warganet yang memuji kesederhanaan dan keterbukaan keluarga pengantin.

“Macam ni baru betul. Yang support bisnes ni kebanyakan orang biasa,” tulis Neesa Roslan dalam ruangan komen.

“Orang yang tahu hukum hakam agama Islam memang sepatutnya buat majlis tidak membeza-bezakan para undangan,” kata Nik Yah Nik Mood.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum melihat wajah Irdina yang dikatakan saling tak tumpah seperti arwah ibunya.

Gambar dan video majlis pernikahan yang dikongsi di media sosial menerima ribuan tanda suka dan ucapan tahniah daripada orang ramai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button