BERITA SEMASA

Pemohon visa pengajian dan pertukaran budaya ke AS perlu buka tetapan privasi media sosial

KUALA LUMPUR – Warga Malaysia yang ingin memohon visa bagi tujuan pengajian atau penyertaan dalam program pertukaran budaya ke Amerika Syarikat (AS) kini dikehendaki menukar tetapan privasi akaun media sosial mereka kepada umum.

Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu berkuat kuasa serta-merta dan melibatkan semua pemohon visa bukan imigran kategori F, M dan J.

Menurut kenyataan itu, ketetapan tersebut adalah sebahagian daripada prosedur saringan keselamatan yang diperketatkan bagi membantu proses pengesahan identiti serta menilai kelayakan pemohon selaras dengan undang-undang imigresen AS.

“Keperluan ini adalah lanjutan daripada dasar yang diperkenalkan sejak 2019 apabila kerajaan AS mula meminta pengenalan akaun media sosial dalam borang permohonan visa imigran dan bukan imigran.

“Kami menggunakan maklumat yang tersedia secara terbuka dalam proses saringan visa bagi mengenal pasti individu yang tidak layak memasuki AS, termasuk mereka yang dianggap boleh mengancam keselamatan negara,” menurut kenyataan itu.

Visa kategori F dikeluarkan kepada pelajar akademik, M untuk pelajar vokasional atau teknikal manakala visa J adalah bagi peserta program pertukaran budaya dan pendidikan yang diluluskan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button