
Evakuasi rakyat Malaysia di Iran bermula Jumaat ini
PUTRAJAYA – Kerajaan akan memulakan proses membawa keluar rakyat Malaysia dari Iran bermula Jumaat ini, susulan peperangan antara republik itu dengan Israel yang semakin memuncak.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan telah mengenal pasti jumlah rakyat Malaysia di negara itu dan bersedia melaksanakan langkah pemindahan secara teratur.
“Jumlah yang mendaftar tidak besar, namun mereka telah digerakkan dan segala urusan berkaitan visa telah dimuktamadkan,” katanya dalam sidang media hari ini.
Beliau menjangkakan pergerakan keluar akan berlaku dalam masa terdekat.
“Insya-Allah, mereka akan memulakan perjalanan keluar dalam sehari dua lagi dan dijangka pada 20 Jun ini.
“Langkah itu berdasarkan saranan Kementerian Luar agar rakyat Malaysia di Iran keluar melalui laluan yang selamat.
“Kedutaan Besar Malaysia di Tehran sentiasa berhubung rapat dengan semua rakyat Malaysia yang berdaftar. Setakat ini, semuanya disahkan selamat dan telah dinasihatkan untuk keluar segera,” jelasnya.
Menurut Fahmi, bantuan konsular turut disediakan bagi memastikan urusan pemindahan berjalan lancar.
“Kedutaan akan terus membantu dalam aspek logistik dan keperluan dokumentasi agar keseluruhan proses ini dapat dilaksanakan dengan cekap dan selamat,” jelasnya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |