BERITA SEMASADALAM NEGERI

Pemilik siar iklan haram kena tindakan MPSepang

SEPANG – Sebanyak 59 notis kesalahan dikeluarkan terhadap pemilik yang menyiarkan iklan haram dalam satu operasi penguatkuasaan iklan oleh Unit Iklan Zon Tengah, Jabatan Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) baru-baru ini.

Operasi tersebut dijalankan di sekitar kawasan Southville City, Persiaran Southville, Jalan Southville 2 dan berhampiran Pejabat Penguatkuasa Zon Tengah (Kenanga).

Seorang anggota penguatkuasa MPSepang menurunkan beberapa iklan yang digantung tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Ia memberi tumpuan kepada pemantauan serta tindakan terhadap bahan-bahan iklan yang dipamerkan tanpa kelulusan atau lesen sah, khususnya iklan jenis gegantung yang diletakkan secara haram di lokasi awam.

“Hasil rondaan, pihak penguat kuasa telah mengeluarkan 59 Notis Kesalahan serta mencatatkan 59 Notis Inventori.

“Selain itu, tindakan penurunan dan sitaan turut diambil terhadap bahan iklan yang didapati melanggar peruntukan undang-undang sedia ada,” menurut MPSepang melalui satu kenyataan di Facebook.

Kesemua tindakan penguatkuasaan itu dibuat di bawah Peruntukan 7, Undang-Undang Kecil Iklan (MPSepang) 2007 iaitu kesalahan mempamerkan iklan tanpa lesen.

MPSepang turut menasihatkan semua pihak khususnya pengiklan agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan memastikan setiap bahan iklan mendapat kelulusan serta lesen yang sah sebelum dipamerkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button