
Pemergian Raja Nurfatimah kehilangan besar buat dunia kewartawanan hiburan – Fahmi
PUTRAJAYA – Pemergian Penolong Pengarang Berita Hiburan Berita Harian (BH), Allahyarhamah Raja Nurfatimah Mawar merupakan satu kehilangan besar buat dunia kewartawanan tanah air, khususnya dalam lapangan hiburan.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, beliau turut berdukacita di atas pemergian Allahyarhamah.
“Saya sampaikan ucapan takziah yang setulusnya kepada seluruh keluarga Allahyarhamah, serta sahabat handai di BH.
“Allahyarhamah merupakan seorang pengamal media yang disegani oleh rakan-rakan dan kenalan seindustri.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman,” kata Fahmi dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.
Terdahulu, Allahyarhamah dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 2 petang tadi setelah mengadu sakit dan sukar bernafas.
Allahyarhamah memiliki lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang kewartawanan dan cukup dikenali dalam kalangan pengamal industri seni.
Jenazah Allahyarhamah dibawa ke Hospital Kajang bagi menjalani proses bedah siasat dan dijangka dibawa ke kampung halaman di Kuala Terengganu, Terengganu untuk dikebumikan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |