
Pembinaan kapal TLDM LMSB2 siap 2027
ISTANBUL – Upacara peletakan lunas (keel laying) bagi projek Littoral Mission Ship Batch 2 (LMSB2) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah disempurnakan hari ini oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk (Dr.) Zulhelmy Ithnain di limbungan Istanbul Shipyard, Turkiye.
Turut menyaksikan majlis bersejarah itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali serta delegasi kementerian, wakil TLDM dan Pasukan Projek LMSB2.
Keel laying merupakan fasa penting dalam pembinaan kapal, menandakan permulaan penyambungan blok utama struktur kapal di limbungan.
Upacara itu juga merupakan kesinambungan kepada majlis ‘steel cutting’ yang telah diadakan pada 4 Disember 2024, sekali gus menandakan peralihan fasa pembinaan kepada penyambungan fizikal kapal.
Dalam lawatan kerja yang sama, Mesyuarat Project Monitoring Committee (PMC) turut diadakan pada 7 April 2025 bagi memantau pengurusan, pelaksanaan kontrak dan kemajuan pembinaan kapal.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, (NAMA) bersama wakil syarikat pembina.
Menurut laporan yang dibentangkan, kemajuan kerja bagi ketiga-tiga kapal LMSB2 menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.
Berdasarkan jadual semasa, kapal pertama LMSB2 dijangka siap dan dilancarkan menjelang pertengahan 2026 sebelum diserahkan kepada TLDM pada akhir 2027.
Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar STM, Mr. Bülent Soydal yang mewakili syarikat pembinaan dari Turkiye.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |