BERITA SEMASA

Kerajaan pertimbang mekanisma baharu ganti tol percuma

KLANG – Kerajaan akan mempertimbang satu mekanisme baharu bagi menggantikan pemberian tol percuma sempena musim perayaan yang dihentikan mulai tahun ini.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, keputusan menghentikan pemberian itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet, tahun lalu.

Beliau seterusnya berkata, mekanisme baharu bagi menggantikan pemberian itu akan lebih bersasar, selari dengan dasar kerajaan untuk menyasarkan pemberian subsidi.

“Tiada lagi tol percuma musim perayaan. Ikut keputusan itu tiada (pemberian tol percuma) tetapi kalau ada, mungkin pertimbangan lain, …akan dibincangkan.

“Akan kita umumkan dalam masa terdekat (pendekatan lebih bersasar), tahun lalu kerajaan memutuskan tahun 2024 adalah tahun terakhir pemberian tol percuma pada musim perayaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pembukaan Seksyen 2, WCE dari Persimpangan Bertingkat SKVE ke Persimpangan Bertingkat SAE, hari ini.

Pemberian tol percuma ini melibatkan dana kerajaan yang dibayar kepada syarikat konsesi konsesi lebuh raya, secara puratanya berjumlah kira-kira RM20 juta sehari.

Pada tahun lalu saja, kerajaan membayar RM80.07 juta sempena sambutan Aidilfitri, Deepavali (RM42.31 juta), Tahun Baru Cina (RM41.21 juta) dan RM38 juta pada Krismas lalu.

Untuk rekod, pemberian tol percuma pada Krismas lalu adalah yang terakhir sempena musim perayaan yang diberikan kerajaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button