BERITA SEMASADALAM NEGERIINISIATIF KERAJAANMALAYSIA MADANI

RMK-13 fokus jurang pembangunan, pembaharuan ekonomi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) pada 28 Julai ini dalam persidangan Dewan Rakyat.

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, semua kementerian telah menerima taklimat awal daripada Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron.

“Dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, beberapa menteri telah diberikan ringkasan kandungan draf RMK-13 yang akan dibentangkan dalam persidangan Parlimen akan datang.

“Perdana Menteri telah mengarahkan setiap kementerian meneliti draf tersebut secara menyeluruh dan mengemukakan maklum balas kepada Kementerian Ekonomi dalam masa terdekat sebagai langkah penyelarasan akhir sebelum ia dimuktamadkan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Jelas Fahmi, maklum balas itu penting bagi memastikan kandungan RMK-13 mengambil kira keperluan semasa dan menyeluruh sebelum dimuktamadkan.

Terdahulu, Anwar memaklumkan RMK-13 akan menjadi dokumen dasar utama bagi memperkukuh pelaksanaan agenda Ekonomi Madani.

Beliau berkata, antara sektor yang diberi tumpuan dalam pelan pembangunan lima tahun itu termasuk industri elektrik dan elektronik (E&E), selain usaha merapatkan jurang pembangunan dan memperkukuh kedudukan fiskal negara.

RMK-13 dijangka menjadi pemacu utama pembaharuan struktur ekonomi ke arah pertumbuhan lebih inklusif dan mampan menjelang 2030.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button