BERITA SEMASA
Pembayaran STR Fasa 3 mula dikreditkan esok
PUTRAJAYA – Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dikreditkan ke 8.6 juta akaun penerima mulai esok.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, jumlah bayaran adalah hingga RM650 bergantung kepada kelayakan isi rumah, sama ada warga emas dan bujang.
Bayaran akan dikreditkan secara berperingkat terus ke akaun bank penerima atau boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank.
STR adalah inisiatif bantuan tunai kerajaan bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






