
Pembangunan pesat negara tiada makna sekiranya golongan miskin diketepikan – PM Anwar
JOHOR BAHRU – Pembangunan pesat yang dipacu negara tidak membwa makna sekiranya golongan rakyat miskin diketepikan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah menjadi tanggung jawab kerajaan untuk membela golongan miskin tanpa mengira sama ada mereka orang Melayu, Cina, India atau Orang Asli.
Sehubungan itu kata Anwar, beliau telah meminta Johor menjadikan negeri itu bebas golongan miskin tegar dalam masa terdekat, sekali gus membela nasib golongan memerlukan.
“Saya datang ke Johor pagi tadi, adakan mesyuarat bersama Menteri Besar (Datuk Onn Hafiz Ghazi) dan kepimpinan negeri untuk kenal pasti beberapa projek pembangunan.
“Saya dimaklumkan bahawa kini terdapat tak sampai 2,000 keluarga yang dikategorikan sebagai miskin tegar kini di negeri ini.
“Terima kasih kepada Kerajaan Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yang sentiasa membantu golongan miskin tegar ini. Insya Allah, Johor mampu noktahkan kemiskinan tegar dalam masa terdekat.
“Apa erti pembangunan yang dipacu, jika kita tidak pedulikan nasib rakyat yang miskin dan tidak mempunyai kesempatan. Tidak kiralah sama ada org Melayu, Cina, India atau Orang Asli, semua rakyat Johor atau negara ini mesti diberi tempat dan dibela sebaiknya.
“Apa erti pembangunan yang kita pacu, jika kita abaikan pembangunan insan. Kita bina gedung, industri, lebuhraya, bangunan namun tidak bermakna jika manusia diremehkan. Oleh itu, kita tidak boleh pinggirkan pembangunan insan di saat kita bangunkan negara,” kata Anwar.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 bersama Perdana Menteri di Angsana Mall Johor Bahru, di sini hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |