BERITA SEMASAPMX

Pembangunan Kampung Chengal Lempong diharap beri manfaat kepada masyarakat – PM

KUANTAN – Segala perancangan pembangunan bagi Kampung Chengal Lempong di Kuantan, Pahang melalui peruntukan yang diluluskan diharapkan akan membawa perubahan positif dan manfaat berterusan kepada masyarakat setempat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Farhan Fauzi telah mewakili beliau bagi menyantuni masyarakat kampung berkenaan di Balairaya Chengal Lempong, semalam.

Jelas beliau, kesempatan ini digunakan dengan melihat sekitar kawasan kampung yang bakal menikmati pembangunan hasil peruntukan sebanyak RM2.5 juta yang telah diluluskan

“(Peruntukan itu) antaranya bagi memperkasa komuniti setempat, dengan memberi fokus kepada infrastruktur, pendidikan, dan kebajikan penduduk,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau.

Tambah Anwar yang juga Menteri Kewangan, turut bakal dibangunkan dan sedang dibina adalah Gelanggang Futsal Bertutup dan Bangunan Serba Guna Chengal Lempung.

“Moga segala dirancang ini akan membawa perubahan positif dan manfaat yang berterusan kepada masyarakat setempat. Insya-Allah,” ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button