BERITA SEMASA

Pembangunan desa : RM3.37 bilion sudah dibelanjakan – TPM

PUTRAJAYA — Sebanyak RM3.37 bilion telah dibelanjakan setakat ini bagi melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan masyarakat desa di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, angka tersebut adalah sebahagian daripada hampir RM12 bilion yang diperuntukkan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi tahun ini.

Katanya, perbelanjaan itu bukan sekadar angka, sebaliknya membawa kesan langsung terhadap kehidupan rakyat di luar bandar.

“Yang paling penting ialah sejauh mana kehidupan rakyat benar-benar berubah hasil usaha kita,” katanya ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulan Julai KKDW hari ini.

Menurut beliau, fokus pembangunan tidak seharusnya hanya melihat kepada nilai peruntukan semata-mata tetapi kepada impak sebenar di lapangan seperti kemudahan jalan raya, lampu dan bekalan air yang memberi keselesaan kepada rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button