Berita SemasaDalam Negeri

Pemantauan bazar Ramadan lebih ketat tahun ini – Menteri Wilayah

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa memberi jaminan pemantauan lebih ketat akan dilakukan bersama pihak berkuasa di bazar-bazar Ramadan di seluruh wilayah ini.

Beliau berkata, usaha itu termasuk kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan pematuhan dan kawalan harga yang lebih efektif.

“Saya turut mendengar suara rakyat yang mahukan harga jualan di bazar lebih berpatutan, sejajar dengan pengurangan kos tapak.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga telah memberikan komitmen untuk kerjasama tersebut kepada saya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook malam ini.

Beliau berkata demikian susulan beberapa keputusan yang dicapai dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Agensi (MKKA) Jabatan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikannya hari ini.

Sebelum ini, Dr Zaliha berkata, DBKL akan menguruskan sepenuhnya hal berkaitan permohonan lesen perniagaan dan penyelenggaraan bazar Ramadan di ibu negara bermula tahun ini bagi memastikan penjaja mendapat harga sewaan tapak berpatutan selain pengurusan lebih baik.

Dr. Zaliha berkata, mesyuarat turut mendengar cadangan Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) mengenai pembangunan dan penjenamaan semula Medan Selera Singgang Madani @ Damai, Titiwangsa sebagai hab belia Wilayah Persekutuan.

“Sebelum ini, saya telah menyentuh perkara ini dalam beberapa program dan sidang akhbar dan hari ini MBWP telah membentangkan cadangan komprehensif untuk merealisasikannya,” katanya.

Secara prinsipnya, mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut, namun perbincangan lanjut dengan DBKL diperlukan bagi menyelesaikan beberapa isu teknikal sebelum pelaksanaannya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button