BERITA SEMASA

Pemandu treler maut, treler terbabas di Kuala Krai

KUALA KRAI – Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 60, Jalan Kota Bharu–Gua Musang, berhampiran Bukit Sireh, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, kejadian pada pukul 3 petang itu melibatkan treler bermuatan kayu yang dalam perjalanan dari kawasan kilang kayu Staponal, Batu Jong menuju ke William Timber di Kulim, Kedah.

“Siasatan awal mendapati pemandu berusia 60 tahun yang beralamat di Padang Serai, Kedah dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar penghadang jalan dan tiang lampu lalu terbabas ke bahu jalan.

“Mangsa tercampak keluar melalui cermin hadapan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Amirul Izham Azlan di talian 09-9666222.

“PDRM menasihati semua pemandu khususnya pemandu kenderaan berat, agar lebih berhati-hati di jalan raya,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button