BERITA SEMASA

Pemandu rentung dalam kemalangan lori sawit di Bintulu

BINTULU – Seorang lelaki ditemukan rentung selepas lori dipandunya terbabas dan terbakar dalam kejadian di Jalan Kidurong, di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.55 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dikerahkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati sebuah lori muatan 30 tan sawit terbakar sepenuhnya di bahagian hadapan. Seorang mangsa lelaki berusia 59 tahun ditemukan rentung di tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pasukan bomba kemudiannya menjalankan kerja-kerja pemadaman dan mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button