Pemandu lori maut tersepit dalam kabin
BALIK PULAU – Seorang pemandu lori maut selepas tersepit dalam kabin kenderaan yang dipandunya dalam kemalangan di Jalan Tun Sardon, Kampung Pondok Upeh, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, lori yang membawa muatan tar terbabas sebelum terbalik ketika melalui selekoh di laluan berbukit berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau, Mohd Faiz Hilmi yang juga Komander Operasi berkata, sepasukan anggota segera digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati lori terbabit terbalik di bahu jalan dan pemandunya tersepit di bahagian belakang tempat duduk pemandu dalam kabin,” katanya.
Menurut Mohd Faiz, kerja-kerja penyelamatan mengambil masa hampir dua jam berikutan kedudukan mangsa yang sukar dicapai.
“Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan peralatan khas dan melakukan penstabilan terhadap kenderaan sebelum berjaya mengeluarkan mangsa.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi kejadian sebelum dibawa ke hospital untuk proses lanjut,” jelasnya.
Mangsa dikenali sebagai Shahrizal Ahmad, 44, dipercayai sedang dalam perjalanan membawa muatan tar dari Bukit Mertajam sebelum kemalangan berlaku.
Tambah Mohd Faiz, operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada pukul 1.35 pagi dan kes telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








