
Pemandu Audi TT hilang selepas terlibat kemalangan dengan 4 kenderaan
JOHOR BAHRU – Seorang pemandu sebuah kenderaan mewah jenis Audi TT ‘hilang’ selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah Proton Persona sebelum melanggar tiga kenderaan lain di Jalan Serigala di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian kira-kira jam 7.15 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan serius.
“Siasatan awal mendapati kereta Audi TT yang datang dari arah Jalan Dato Sulaiman bertembung dengan Proton Persona dari arah Jalan Harimau.
“Akibat perlanggaran itu, pemandu Audi TT dipercayai hilang kawalan lalu melanggar tiga kenderaan lain yang diparkir di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Raub berkata, polis sedang mengesan pemandu kereta mewah terbabit bagi membantu siasatan.
“Pemandu Audi TT juga didapati tiada di lokasi kejadian dan masih belum tampil membuat laporan kemalangan.
“Kes disiasat mengikut Kaedah 10 LN 166/59 iaitu gagal mengawal kenderaan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Hasrin Abd Rahman di talian 019-7767756,” ujarnya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |