BERITA SEMASA

Pemakaian kamera badan bermula tahun ini

BANGI – Pemakaian kamera badan pada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka dilaksanakan pada suku kedua atau selewat-lewatnya suku ketiga tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementerian kini dalam fasa akhir penelitian oleh jawatankuasa penilaian.

“Baru-baru ini, proses taklimat kepada pembida berminat sudah diberikan dan jawatankuasa akan membuat penilaian sebelum perolehan lanjut dibuat.

“Saya yakin ia akan dilaksanakan tahun ini. Jika melihat proses itu, ia tidak memakan masa sehingga hujung tahun, dan boleh jadi pada suku kedua atau ketiga ini,” katanya memetik laporan Utusan Online.

Disember lepas, Saifuddin dilaporkan berkata, kerajaan meluluskan peruntukan RM30 juta bagi menyegerakan perolehan kamera badan untuk kegunaan polis dan ia akan dilakukan dengan ketelusan dalam urusan perolehannya.

Katanya, penggunaan kamera badan mampu memudahkan pengumpulan bahan bukti dan meningkatkan integriti pasukan polis, tetapi perlu mengelak dimanipulasi mana-mana pihak.

Saifuddin berkata, polis bersedia sepenuhnya menggunakan kamera badan dalam usaha menangani isu rasuah dan integriti.

“Kerajaan berpegang kepada prinsip sifar toleransi terhadap isu rasuah di negara ini. Antara langkah memperkukuhkan integriti itu adalah menerusi teknologi dan salah satunya adalah penggunaan kamera badan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button