Berita Semasa

Pemain industri perhotelan digesa sokong cadangan benarkan pelancong asing dicaj dalam dolar AS

CYBERJAYA – Pemain industri perhotelan digesa menyokong cadangan persatuan kepada kerajaan bagi membenarkan pelancong asing dikenakan bayaran dalam bentuk matawang dolar Amerika Syarikat (AS).

Menurut Presiden Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (Maho), Teo Chiang Hong, cadangan yang akan dikemukakan itu relevan kerana jiran serantau seperti Thailand, Myanmar, dan Indonesia telah lama berbuat demikian.

“Jika anda (pemain industri) bersedia, maka kami, sebagai persatuan persatuan hotel, boleh mencadangkan kepada kementerian untuk mengenakan kadar caj dalam dolar AS untuk bilik-bilik,” kata Chiang Hong.

Beliau berkata demikian ketika muncul sebagai ahli panel dalam satu persidangan hotel.

“Seratus dolar tidak bermakna apa-apa (kepada pelancong asing) tetapi ia banyak bagi kami. Kini ia adalah RM460.

“Anda boleh bayangkan… anda pergi ke mana-mana negara lain dan hotel bertaraf lima bintang bayaran tidak kurang dari USD200. Tetapi (di Malaysia), ia kurang dari USD100,” katanya lagi.

Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Christina Toh, berkata dengan kadar pertukaran semasa, mengenakan bayaran kepada pelancong asing dalam mata wang dolar AS akan meningkatkan keuntungan.

“Di Indonesia, mereka mengenakan bayaran kepada penduduk tempatan dalam mata wang tempatan. Tetapi jika anda seorang warga asing, anda akan dikenakan bayaran dalam dolar AS – yang lebih tinggi sekitar 20 peratus daripada kadar tempatan. Mengapa kita tidak boleh melakukan perkara yang sama?” soal Christina.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button