
Pelawak Santan Berlada, Khairul Azhar meninggal dunia pada usia 70 tahun
KLANG – Pelawak veteran tanah air, Khairul Azhar Abdul Samad, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Sri Andalas di sini, semalam.
Allahyarham merupakan seorang pesara Majlis Bandaraya Diraja Klang meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Menurut ahli keluarga, Allahyarham ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi.
Khairul meninggalkan dua orang anak perempuan, Nor Hafizah, 41, dan Nur Shahirah, 25. Isterinya, Norsidah Ahmat, telah meninggal dunia pada Jun tahun lalu akibat kanser darah.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Uda selepas solat Jumaat.
Khairul dikenang ramai menerusi lakonannya dalam sitkom popular era 1980-an, Santan Berlada bergandingan bersama Allahyarham Ali Mamak dan mendiang Acapan. Sitkom itu turut dibintangi pelakon tersohor, Datuk Fauziah Nawi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








