BERITA SEMASADALAM NEGERI

Pelakon Tamil, ibu maut jatuh dari kondominium tingkat 11 di Cheras

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi Tamil tempatan, Sivakumar Jayabalan, 48, bersama ibunya berusia 76 tahun, maut dipercayai terjatuh dari tingkat 11 sebuah kondominium di Taman Desa Petaling, Cheras, hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden tersebut pada pukul 12.35 tengah hari.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dipercayai terjatuh dari kediaman mereka. Mayat mereka telah dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Aidil, pihak polis tidak mengesan sebarang unsur jenayah yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button