
Pelakon Amar Bahrin, Qobin selamat tiba di Masjid Nabawi selepas 33 hari berbasikal
MADINAH – Pelakon Amar Baharin dan Penjelajah Grand Slam negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih dikenali sebagai Datuk Qobin, selamat tiba di Masjid Nabawi, Madinah pada pukul10.45 pagi hari ini dalam misi pengembaraan Journey to Tanah Haram.
Kedua-dua figura itu mengakhiri kayuhan terakhir sejauh 115 kilometer dari pekan Henakiyah ke Madinah dengan menunggang basikal sebagai kenderaan utama mereka.

Menurut Qobin, mereka amat bersyukur kerana berjaya menamatkan pengembaraan yang mencabar itu dengan selamat.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana mengizinkan kami menjejakkan kaki ke bumi Madinah setelah mengharungi perjalanan menggunakan basikal, kenderaan darat dan juga udara.
Kami bukan mahu cipta rekod, cuma mahu capai impian bersama – mengembara dan berkayuh dari tanah air ke tanah suci,” katanya dalam kenyataan media.
Sementara itu, Amar turut meluahkan rasa terharu apabila berjaya menamatkan misi yang disifatkannya sebagai satu pengalaman luar biasa.
“Kayuhan ini betul-betul mencabar mental dan fizikal, terutama bila perlu tempuh cuaca panas yang mencecah 50 darjah Celsius.
Saya sangat terharu dan tergamam. Tak sangka kami sampai ke Madinah hanya dengan basikal dan melalui jalan darat. Kami sangat teruja untuk ziarah Makam Rasulullah di Masjid Nabawi,” katanya lagi.
Misi Journey to Tanah Haram bermula pada 27 April lalu dari Padang Besar, Perlis dan dilepaskan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Sepanjang 33 hari pengembaraan, mereka telah merentasi empat buah negara sebelum tiba ke destinasi terakhir di Madinah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








