Berita Semasa

Pelajar UiTM cipta Safe Space, platform selamat untuk adu gangguan seksual di tempat kerja

SHAH ALAM – Seorang pelajar tahun akhir jurusan Seni Kreatif Universiti Teknologi MARA (UiTM) mencipta sebuah platform yang selamat kepada pekerja untuk membuat aduan sekiranya terdapat sebarang gangguan seksual di tempat kerja.

 

Muhd Aizad Marzuki, 25, berkata, idea itu timbul memandangkan kes gangguan seksual yang semakin serius di negara ini, sekaligus mempengaruhi kesejahteraan pekerja dan produktivi organisasi.

“Plarform yang diberi nama ”Safe Space” ini merupakan platform yang selamat kepada para pekerja di Malaysia untuk membuat aduan sekiranya terdapat sebarang gangguan seksual di tempat kerja.

“Sebagai rujukan 95 kes gangguan seksual yang dilaporkan dengan 88 peratus melibatkan wanita. Malah, kes meningkat saban tahun sejak kebelakangan ini, dengan 506 kes dilaporkan pada 2021; 477 kes pada 2022 dan 522 kes pada 2023.

“Antara dapatan kajian, hal ini berlaku akibat daripada pelaku mengeksploitasi mangsa dengan kedudukan jawatan pelaku, hal ini akan memberi kesan kepada maruah dan emosi mangsa,” katanya.

Rekaan oleh Muhd Aizad itu merupakan antara projek pelajar tahun akhir Rekaan Grafik, Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM Shah Alam yang dipersembahkan dalam program yang dinamakan Chroma, satu nama yang dipinjamkan daripada bahasa Greek (Yunani) yang membawa maksud kepekatan warna.

Program itu yang berlangsung mulai 16 sehingga 18 Februari ini di Grey Box GMBB Kuala Lumpur bertujuan melatih pelajar tahun akhir Rekaan Grafik untuk lebih berani setelah bergraduasi kelak dengan mengadakan pameran yang melibatkan pelajar membina idea dan mempersembahkan kepada masyarakat.

Antara yang menarik, para pelajar akan membuat program bual bicara yang akan menerangkan secara ringkas apa aktiviti dan pameran mereka yang sekaligus melatih mereka untuk lebih bersedia bila berkerjaya kelak. 

Selain itu, antara yang menarik perhatian juga, rekaan pelajar Husni Jasoffy Arman Jasoffy yang membuat inovasi dengan mencipta rekaan baharu pembungkusan kuaci yang boleh meningkatkan jualan dengan menyelesaikan isu seperti bungkusan yang boleh diguna semula selepas dibuka.

Husni Jasoffy Arman Jasoffy yang membuat inovasi dengan mencipta rekaan baharu pembungkusan kuaci. 

Pelajar Nik Faiz Nik Kamaruzaman pula menarik perhatian dengan mencipta inovasi kit untuk ekzema yang diyakini akan mendapat pasaran di masa hadapan.

Sementara itu, seorang lagi pelajar, Nuraqilah Ramlee memodenkan pembungkusan bahulu yang tidak lagi menggunakan plastik dan mesra alam.

Noramira Zulaika Zaizulkamar pula mencipta ‘instant packaging’ keropok lekor yang boleh terus digunakan untuk memanaskan keropok lekor dalam ketuhar gelombang mikro.

“Antara inovasi lain, inhaler aromaterapi turut dicipta oleh Anis Nabila Azahari yang boleh mencegah microsleep ketika memandu turut menarik perhatian para pengunjung.

“Nurul Syahida Rusli membawa idea baharu dengan mengetengahkan kesedaran terhadap parasit cacing dalam kalangan murid sekolah yang disebabkan oleh gaya hidup dan kebersihan diri yang tidak memuaskan pada masa kini.

“Selain itu, kit mudah menanam pokok di dalam rumah juga turut diberikan nafas baharu oleh pelajar Nurina Fariha Kamaluddin yang memberi kemudahan kepada masyarakat yang tinggal di rumah bertingkat untuk mempunyai elemen hijau di rumah,” menurut penganjur program itu.

Seorang pengunjung melihat hasil rekaan pelajar Rekaan Grafik UiTM yang berlangsung mulai 16 sehingga 18 Februari ini di Grey Box GMBB Kuala Lumpur.

Sementara itu, orang ramai boleh hadir ke GMBB di Bukit Bintang untuk melihat sendiri keunikan, inovasi dan idea yang boleh diketengahkan oleh para usahawan dan bekerjasama dengan para pelajar untuk menjadikan Malaysia negara maju di masa akan datang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button