BERITA SEMASA

Pelajar SMK Tinggi Setapak ditempatkan di kuarters guru buat sementara

PUTRAJAYA – Pelajar yang terkesan dalam kebakaran blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak, dekat sini semalam, ditempatkan sementara di kediaman kuarters guru sekolah berkenaan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, keputusan menempatkan mereka di kuarters guru berkenaan adalah pilihan terbaik demi keselesaan pelajar.

Kata beliau, kedudukannya yang dekat dengan sekolah membolehkan murid berulang alik dengan mudah, selain ia juga selesa untuk diduduki.

“Saya sudah mengadakan lawatan ke sekolah itu pagi tadi dan melihat keseluruhan bencana berlaku.

“Asrama menempatkan kira-kira 96 pelajar itu memerlukan pembaikan segera bagi kemudahan murid,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO 2024, di sini hari ini.

Dalam kejadian semalam, blok asrama yang menempatkan kira-kira 96 pelajar lelaki itu musnah sepenuhnya.

Bagaimanapun, kejadian tidak menyebabkan sebarang kecederaan kerana kejadian berlaku ketika pelajar berada di surau sekolah sementara menunggu waktu Isyak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button