BERITA SEMASA

Pelajar MRSM hilang ditemui di rumah saudara – Polis

KUANTAN – Pelajar lelaki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pekan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas keluar rumah tanpa pengetahuan keluarga semalam, selamat ditemui pukul 7 pagi tadi.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sri Yahaya Othman berkata, pelajar berusia 13 tahun itu ditemui selamat di rumah saudaranya di Chukai, Terengganu, lapor Kosmo.

“Kita menerima laporan berkaitan kehilangan pelajar terbabit pukul 4 petang semalam dan kita telah menjalankan siasatan serta menemuramah keluarganya yang tinggal di Kuantan ini.

“Dan kita pun percaya pelajar berkenaan ada lari ke rumah ahli keluarga dan pada pukul 7 pagi tadi kita telah dapat mengesan pelajar ini di rumah saudaranya di Chukai,” katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Mei 2025 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini hari ini.

Tambah Yahaya, pihaknya akan mendapatkan rakaman keterangan daripada pelajar berkenaan bagaimana dia pergi ke rumah saudaranya.

Terdahulu, laporan media menyebut mengenai kehilangan seorang pelajar MRSM Pekan selepas keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga, dipercayai kerana enggan kembali ke asrama.

Mangsa, Anas Baihaqi Miqdad Johari, 13, disedari hilang oleh ibunya kira-kira pukul 4 petang semalam selepas mendapati remaja itu tidak berada di dalam bilik tidurnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button