
Pelajar Malaysia hilang di Tokyo ditemui selamat
KUALA LUMPUR – Pelajar Malaysia di Tokyo, Nurin Hannani Mohd Hafizi yang sebelum ini dilaporkan hilang akhirnya berjaya ditemui semula, hari ini.
Laporan BH Online yang memetik ibu Nurin Hanani, Noor Afzan Abdul Razak sebagai berkata, dia menerima panggilan telefon daripada wakil Kedutaan Malaysia di Jepun memaklumkan berita gembira berkenaan.
“… Hanya ucapan syukur yang mampu saya lafazkan bila dapat panggilan telefon daripada pegawai Kedutaan Malaysia di Jepun memaklumkan anak yang hilang sejak empat hari lalu, ditemui selamat di Tokyo petang tadi,” kata Noor Afzan dalam laporan tersebut.
Noor Afzan memberitahu, panggilan telefon tersebut diterimanya pada pukul 3.15 petang tadi.
“Saya bersyukur bila diberitahu Nurin Hannani selamat ditemui di Tokyo dan pihak Kedutaan Malaysia di Jepun sedang menguruskan hal itu termasuk membawanya ke balai polis bagi pemakluman dia sudah ditemui.
“Nurin Hannani dikatakan ditemui dalam keadaan keliru, tetapi saya tidak tahu di mana dan siapa yang menemui anak sulung saya itu.
“Setakat ini, saya belum lagi bercakap dengannya, biarlah dia bertenang dulu dan saya serahkan kepada kedutaan menguruskannya sementara menunggu kami datang ke sana dalam tempoh dua tiga hari lagi,” katanya lagi.
Laporan media sebelum ini menyebut, gadis itu dipercayai meninggalkan kampus tengah hari Isnin lalu dan gagal dihubungi selepas itu, menyebabkan usaha mencarinya dilakukan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk pihak kedutaan serta Imigresen Jepun.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |