
Pelajar Malaysia di Jepun hilangkan diri
PUTRAJAYA – Seorang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di sebuah institut pengajian tinggi di Hiroshima, Jepun dilaporkan hilang selepas tidak dapat dihubungi sejak Isnin lalu.
Difahamkan, pelajar yang dikenali sebagai Hannani berusia 21 tahun dipercayai meninggalkan kampus di Kure Kosen, tengah hari Isnin lalu dan masih belum pulang sehingga kini.
Berdasarkan maklumat dikongsi di media sosial, pihak kedutaan serta Imigresen Jepun sudah dimaklumkan berhubung kejadian berkenaan.
Difahamkan, mereka juga sudah menghubungi polis dan usaha menghubungi Hannani melalui aplikasi permesejan juga tidak membuahkan hasil.
“Kami juga sudah memeriksa biliknya dan mengesahkan dia membawa pasport serta dompet. Kini, kami sedang cuba menghubungi pelajar Malaysia lain di Kosen.
“Sekiranya ada sebarang maklumat, sila hubungi kami. Kami juga akan maklumkan jika ada sebarang perkembangan. Maaf atas kelewatan menghubungi tuan/puan,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Hannani diminta untuk menghubungi Pegawai Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) Tokyo, Encik Imran Yusof di talian +81 80-7561-8080 atau Puan Yang Munirah di +60 12-688 8364.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |