BERITA SEMASA

Pelajar kena sawan dipercayai akibat hisap vape

KANGAR – Seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah dekat sini, dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah selepas diserang sawan dipercayai akibat menghisap rokok elektronik atau vape di tandas sekolah.

Menurut Pengarah Pendidikan Perlis, Rose Aza Che Arifin, kejadian disedari seorang guru yang sedang mengambil alih tugasan mengawas dalam kelas itu.

Katanya, ketika itu, mangsa dikatakan dipapah masuk oleh dua rakan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan keadaan mulut berbuih.

“Guru bertugas segera melaporkan perkara itu kepada pentadbir sekolah sebelum menghubungi pihak ambulans serta waris pelajar itu untuk membawanya ke Hospital Tuanku Fauziah bagi rawatan lanjut.

“Hasil siasatan awal kita mendapati pelajar itu dipercayai menghisap vape bersama rakan di dalam tandas sekolah kira-kira pukul 9.30 pagi.

“Namun buat masa ini, jenis vape terbabit belum dapat dikenal pasti oleh pegawai perubatan, dan kita membantu pihak sekolah menyediakan laporan awal,” katanya.

Tambahnya, pelajar itu kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, dan pihaknya sudah mengarahkan guru disiplin serta kaunselor sekolah ke hospital itu untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Jabatan pula menjalankan tindakan memaklumkan kepada keluarga pelajar terbabit dan menghubungi pihak ambulans.

“Selain itu, pihak sekolah menghantar laporan awal kepada Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Perlis,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button