BERITA SEMASA

Pelajar hisap vape berulang kali berdepan hukuman gantung, buang sekolah

KUALA LUMPUR – Pelajar yang melakukan kesalahan berulang menghisap vape atau rokok elektronik di sekolah, boleh digantung persekolahan selama 14 hari atau dibuang sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, tindakan disiplin itu ditetapkan menerusi Surat Siaran Bilangan 17 Tahun 2015 yang melarang penggunaan rokok elektronik atau vape di sekolah.

Bagaimanapun, pihak sekolah masih perlu melalui prosedur ditetapkan sebelum pelajar itu dikenakan tindakan sedemikian.

“Harus ada amaran dan mereka akan dipanggil, ibu bapanya juga untuk konsultasi. Kemudian dia kena melengkapkan borang aku janji untuk tidak melakukan kesalahan ini lagi.

“Kemudian sekiranya mereka masih ingkar dan mengulangi perbuatan ini, maka dia boleh digantung sekolah selama 14 hari persekolahan yang tidak membabitkan peperiksaan awam dan ketegasan kita adalah sehingga tahap mereka juga boleh dibuang sekolah.

“Kita menganggap tindakan melibatkan diri dengan gejala vape ini adalah satu yang sangat serius,” katanya.

Fadhlina berkata demikian menjawab soalan Senator Datuk Dr Azhar Ahmad di Dewan Negara, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button