Pelajar hilang ditemui selamat di rumah rakan
ISKANDAR PUTERI – Seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Indah yang dilaporkan hilang selepas tamat waktu persekolahan Jumaat lepas, ditemui dalam keadaan selamat.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, Nur Iman Iskandar Abdullah, 15, ditemui di rumah rakan sekolahnya di Bukit Indah pukul 9.30 malam tadi.
“Nur Iman Iskandar telah ditemui dalam keadaan selamat. Siasatan mendapati dia mempunyai perselisihan faham dengan keluarganya,” kata Kumarasan dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, bapanya yang berusia 36 tahun membuat laporan di Balai Polis Taman Bukit Indah setelah anaknya itu tidak tiba ke rumah selepas waktu persekolahan.
Dia dilihat kali terakhir memakai baju Melayu selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya di sekolah.
Kehilangannya mula dilaporkan semalam dan menimbulkan kebimbangan selepas didapati dia tidak kelihatan sejak meninggalkan sekolah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






