
Pelajar hilang dari asrama ditemui selamat dalam bas
BESUT – Seorang pelajar perempuan yang sebelum ini dilaporkan hilang dari asrama sekolah menengah agama kelmarin, ditemui selamat di Bukit Payang, Marang sebentar tadi.
Penemuan pelajar itu, Nurkhairina Husna Junaidi, 17, disahkan ibunya, Nor Aida Abd. Ghani, 37, hari ini ini, lapor Kosmo.
“Alhamdulillah, syukur kakak (Nurkhairina Husna) selamat. Terima kasih kepada mereka yang tampil membantu kami sekeluarga mengesan dia.
“Saya dan suami masih tidak pasti punca sebenar anak saya menghilangkan diri dari asrama sekolah. Biarlah dia menenangkan diri dahulu,” katanya.
Menurut Nor Aida, anaknya itu dicam beberapa penumpang lain sewaktu sedang menaiki sebuah bas di lokasi tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.
Tambahnya, anak perempuamnya itu kemudiannya dibawa ke balai polis berhampiran.
Sebelum ini, suami Nor Aida, Ahmad Firdaus Mohd Zain, 37, merayu bantuan orang ramai mencari anaknya yang hilang dari asrama sekolah pada pukul 11.30 pagi, kelmarin.
Beberapa jam sebelum kejadian, pelajar tingkatan lima itu difahamkan menghubungi ibunya memberitahu tidak mahu berada di asrama sekolah dan meminta mengambilnya segera.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |