BERITA SEMASA

Pelajar ditemukan mati lemas di tasik UNIMAS

KUCHING – Seorang pelajar ditemukan mati lemas dalam tasik di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Kota Samarahan, hari ini.

Mangsa, Zoolfazairy Zaharen, 20, ditemukan terapung berdekatan Jambatan Cinta yang merentangi tasik berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada pukul 8.32 pagi tadi.

Berikutan itu, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi terdapat seorang mangsa lemas dalam tasik dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button