BERITA SEMASA

Pelajar cemerlang SPM hafaz al-Quran diutamakan pembiayaan Mara ke luar negara

PUTRAJAYA – Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang turut menghafaz al-Quran akan diberi keutamaan untuk menerima pembiayaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi melanjutkan pengajian ke luar negara dalam bidang-bidang strategik profesional.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keutamaan itu bertujuan melahirkan modal insan yang bukan sahaja cemerlang akademik malah berteraskan nilai Islam.

“Pelajar cemerlang SPM yang hafaz al-Quran akan diberikan keutamaan oleh Mara untuk dibiayai pengajian mereka ke luar negara dalam bidang-bidang strategik profesional,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Asyraf Wajdi turut memuji pandangan seorang pengguna Facebook, Aizuddin Danian, yang mencadangkan supaya calon terpilih ditemu bual bagi menguji kefahaman mereka terhadap isi kandungan al-Quran.

Aizuddin berkata, pemilihan tidak hanya perlu mengambil kira hafalan semata-mata, sebaliknya menilai bagaimana calon mengaplikasikan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.

“Mempunyai pengetahuan kukuh dalam al-Quran harus diiktiraf dan digalakkan. Bukan sahaja hafal, apabila anda menemu bual mereka, sila tanya mereka soalan yang menunjukkan pemahaman terhadap mesej al-Quran dan bagaimana mereka menjalani kehidupan berlandaskan ajaran itu. Inilah jenis pemimpin masa depan yang kita mahukan di Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, beliau menghargai cadangan berkenaan dan menegaskan Mara wajar mengambil perhatian terhadap aspek tersebut dalam proses pemilihan pelajar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button