
Pelajar perakaunan cemerlang di peringkat dunia terima ucapan tahniah dari YDPA
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong berkenaan mengucapkan tahniah kepada pelajar Malaysia yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan berprestij perakaunan, Mandy Lai.
Mandy dianugerahkan dianugerahkan ‘International Subject Orders of Merit, First Place’ dan ‘Watts Prize for Audit and Assurance – Professional Level’ bagi siri peperiksaan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) Mac lalu.
Dalam catatan di Facebook Istana Negara, baginda dan permaisuri turut menzahirkan rasa bangga atas pencapaian cemerlang pelajar Sunway TES Centre of Accountancy itu yang mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Baginda juga berkenan mengucapkan selamat maju jaya kepada Mandy pada masa akan datang.
“Ia sekali lagi membuktikan Malaysia mampu melahirkan individu berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa
“Baginda berdua menzahirkan harapan supaya pencapaian cemerlang beliau menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya golongan belia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang masing-masing,” menurut catatan itu.
Jun tahun lalu, Mandy dianugerahkan tempat pertama bagi ICAEW Certificate Level Annual Order of Merit 2022, World Prize untuk Principles of Taxation manakala Disember pula beliau dianugerahkan World Prize untuk Financial Accounting and Reporting bagi siri peperiksaan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |