BERITA SEMASAMALAYSIA MADANI

Pelaburan RM9 bilion Shell dijangka lonjak ekonomi, peluang kerja bernilai tinggi

KUALA LUMPUR – Pelaburan terkini syarikat tenaga global, Shell berjumlah lebih RM9 bilion dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang dijangka memberi lonjakan besar kepada ekonomi domestik Malaysia, selain membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada tenaga kerja tempatan.

Penganalisis Ekonomi dan Pensyarah Kanan Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff menyifatkan, langkah Shell sebagai petanda keyakinan pelabur antarabangsa terhadap prospek ekonomi Malaysia yang stabil dan dinamik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama delegasi Global Shell diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wael Sawan. – Foto Pejabat Perdana Menteri

“Pelaburan ini akan merangsang pertumbuhan ekonomi domestik melalui penciptaan peluang pekerjaan yang lebih kompetitif serta menyokong pertumbuhan ekonomi setempat melalui Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS).

“Selain itu, kerajaan perlu terus mengekalkan dasar fiskal yang berhemah bagi mengekang ketirisan dan memastikan pelaburan dapat dimanfaatkan sepenuhnya,” kata Prof Razman kepada Malaysia Tribune.

Beliau turut menyatakan pelaburan dalam sektor tenaga seperti minyak dan gas membuka jalan kepada potensi jangka panjang Malaysia menjadi hab industri teknologi tinggi termasuk tenaga hijau dan nadir bumi.

Prof Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee pula menekankan bahawa pelaburan Shell membawa impak ketara kepada pembangunan tenaga kerja negara.

“Sektor ini memerlukan kemahiran tinggi, terutama dalam bidang kejuruteraan, teknikal dan penyelidikan.

“Ini peluang besar kepada graduan TVET untuk mengembangkan kepakaran mereka dalam industri yang sangat kompetitif,” ujarnya.

Selain menjana pekerjaan, pelaburan oleh syarikat multinasional seperti Shell turut membawa nilai tambah melalui pemindahan teknologi dan pembangunan infrastruktur yang menyokong transformasi digital.

“Shell membawa teknologi baharu seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan sistem automasi.

Dr. Umi Hamidaton

“Kita akan dapat manfaat besar daripada pemindahan pengetahuan ini selain membina jaringan penyelidikan dan inovasi tempatan,” jelasnya lagi.

Menurut beliau, langkah itu juga sejajar dengan strategi kerajaan untuk menempatkan Malaysia sebagai pusat pelaburan utama di ASEAN dan dalam rantaian bekalan global menjelang 2033.

“Tapi untuk memastikan rakyat turut mendapat manfaat, kerajaan perlu memastikan pelaksanaan dasar yang inklusif dan meningkatkan komunikasi efektif dengan rakyat,” tegas beliau.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button